Thursday, September 15, 2011

KEJADIAN PELIK KETIKA MELAKUKAN SEKS


KEJADIAN PELIK KETIKA  MELAKUKAN SEKS

Keluar darah selepas bersama

SOALAN

SAYA berumur 25 tahun dan berkahwin setahun lalu. Saya dan suami tinggal berasingan kerana soal kerja dan kami bertemu hanya sebulan sekali. Cuma, setiap kali melakukan hubungan, alat kelamin saya berdarah.
Adakah ia normal? Adakah ia berkaitan dengan selaput dara? Saya juga mengalami masalah keputihan berbau dan keluar dengan banyak. Ia berwarna agak kehijauan. Saya sebenarnya malu untuk ke klinik mendapatkan rawatan. Apakah yang harus saya lakukan?

SHA,
Ipoh.

JAWAPAN

PEMERIKSAAN dalaman oleh doktor dapat mengenal pasti punca pendarahan terbabit. Pendarahan dari bahagian dalaman kemaluan tidak semestinya berpunca daripada koyakan selaput dara saja.

Ia juga merupakan laluan untuk pendarahan disebabkan penyakit rahim (uterus), pintu rahim (serviks), faraj (vagina), selaput dara ataupun tiub falopio (ini jarang berlaku). Pendarahan selepas hubungan seks pula mungkin lebih berkemungkinan daripada penyakit atau luka pada serviks, vagina atau selaput dara.

Sewaktu pemeriksaan dalaman, penggunaan alat spekulum membolehkan doktor melihat secara langsung keadaan dalaman kemaluan anda sehingga ke bahagian penghujung atas permukaan vagina dan permukaan serviks.

Pada masa sama, ujian pap smear juga boleh dilakukan di samping pengambilan sampel lelehan yang anda alami bagi ujian kultur dan sensitiviti untuk mengesan kuman bakteria serta kulat. Lelehan warna kehijauan lazimnya berpunca daripada jangkitan kuman trichomonas, namun ia tidak semestinya begitu.

Jangkitan trichomonas boleh membabitkan vagina serta serviks menyebabkan vaginitis dan servisitis, saluran kencing uretra wanita dan lelaki, ia juga boleh menghasilkan luka ulser kecil pada dinding faraj dan serviks. Bagaimanapun, ia tidak dikesan melalui ujian kultur jika ia sejenis organisma protozoa.

Penting untuk mengetahui sama ada anda mengalami jangkitan kuman ataupun tidak. Jika ada, apa jenis kuman terbabit serta rawatan bersesuaian.

Selain itu, adakah jangkitan ini bersifat dijangkiti secara seksual kerana pasangan anda juga perlu dirawat bagi mengelakkan dia dijangkiti ataupun sebaliknya menjangkiti semula anda. Anda juga boleh bertanyakan doktor sama ada anda perlu menjalani ujian berkaitan jangkitan seksual.

Ngilu ketika bersama suami

SAYA baru melahirkan anak pertama yang kini usianya tiga bulan. Saya berasa takut setiap malam kerana sering merasa ngilu dan pedih pada bekas jahitan di faraj ketika hendak bersetubuh dengan suami.

SAYA baru melahirkan anak pertama yang kini usianya tiga bulan. Saya berasa takut setiap malam kerana sering merasa ngilu dan pedih pada bekas jahitan di faraj ketika hendak bersetubuh dengan suami.

Setiap kali kami bersama, zakar suami saya tidak dapat memasuki faraj kerana saya merasakan laluan faraj saya menjadi sempit dan pedih.

Mengapa ia berlaku? Sebelum ini, saya pernah mendengar bahawa selepas bersalin, lubang faraj menjadi lebih luas tetapi berlaku sebaliknya pada saya. Apa saranan doktor untuk menangani masalah ini?

IBU MUDA, Shah Alam

ELOKLAH anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan dalaman ke atas luka bersalin pada faraj anda. Selepas bersalin, lubang bukaan faraj boleh menjadi lebih luas kerana sisa selaput dara semakin tinggal sedikit saja. Bukaan faraj juga boleh menjadi lebih luas jika koyakan dinding faraj sewaktu bersalin tidak bercantum elok. Sebaliknya, bukaan lubang faraj boleh menjadi lebih sempit jika cantuman tidak sempurna, ini boleh dibetulkan dengan pembedahan kecil.

Isteri Tak Rasa Pancutan Air Mani
Terdapat isteri yang tidak puas merasa pancutan air mani dalam faraj tetapi isteri tersebut klimaks. Ini kerana dia tidak puas hati dengan pancutan air mani dalam faraj yang tidak cukup terasa.

Faraj wanita boleh merasai sensasi getaran, tekanan atau kekembangan (batang zakar) dan sensasi sentuhan. Jika wanita itu biasa mendapat sensasi berkenaan, pasti dia terasa kekurangan kerana kurang menikmati sensasi kegemarannya walaupun hubungan kelamin itu dinamik serta lancar.

Jika pancutan air mani tidak dinamik, ia meleleh atau keluar tanpa tenaga dan jika faraj wanita longgar atau kurang langsing, perasaan kekembangan yang biasa dihayatinya tidak berlaku.

Bagi mendapatkan semula sensasi itu, wanita perlu menguatkan kemutan untuk mencengkam zakar pasangan dan pasangan pula perlu gerakkan ereksi dengan mengemut (cengkam otot lubang najis dan lubang kencing) sebelum berdayung dalam keadaan kemut dengan zakar kekal dalam faraj.

Ia bagi memastikan cengkaman faraj kepada zakar padat, seterusnya apabila lelaki itu klimaks, pancutan yang berlaku pasti keluar secara dinamik dan selanjutnya memberi perasaan pancutan, iaitu sensasi kekembangan kepada wanita.

Dinasihatkan anda dan pasangan amalkan senaman kemut atau Kegel supaya otot kemut kukuh, seterusnya menjamin hubungan seksual lebih menyelerakan.

Isteri dalam pantang sakit punggung

Soalan
ISTERI saya baru saja melahirkan anak secara normal dan masih lagi dalam berpantang kira-kira 25 hari.

Masalahnya, isteri saya merasa sakit di sekitar punggung dan tidak selesa sehingga tidak boleh duduk. Pada pandangan doktor, apakah sebenarnya yang dialami oleh isteri saya dan bagaimana untuk mengatasinya?

ZUL
Kuala Lumpur

Jawapan
ANDA dinasihatkan membawa isteri untuk pemeriksaan doktor. Ini bagi memastikan tiada kemungkinan seperti bengkak akibat pengumpulan darah beku (hematoma) di bahagian faraj dan seumpamanya.

Walaupun masih dalam tempoh berpantang, lazimnya ibu baru bersalin tiada masalah pergerakan dan duduk selepas seminggu bersalin.

No comments:

Post a Comment